ISNIN, 12 JULAI 2021
TEBEDU: Seramai 12,716 orang individu di daerah Tebedu sudah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu sejak ia beroperasi sebulan lalu.
Manakala, seramai 4,041 lagi individu sudah melengkapkan vaksinasi setakat ini, malah yang terbaharu seramai 769 individu turut menerima vaksin bagi dos pertama dan kedua.
Kesemua penerima vaksin itu adalah dari empat kampung iaitu Kampung Tubih Behem, Kampung Tesu Kura, Kampung Darul Falah dan Kampung Pulau Piranuk.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat daerah berkenaan djangka berakhir pada 31 Ogos nanti dan bagi menjamin imuniti kelompok tercapai sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus, maka penduduk kampung di Tebedu wajib menerima suntikan vaksin. -EDISI UKAS