ISNIN, 12 JULAI 2021
SRI AMAN : Seramai 202 penduduk telah menerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac bagi dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Johnical Rayong Skim Skrang, pada Isnin.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima yang berjaya divaksinasi setakat lima hari pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi peringkat Daerah Kecil Engkilili adalah seramai 1281 orang.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang dengan perkhidmatan yang diberikan oleh petugas kesihatan amat teratur dan terkawal.
Kelancaran proses dilihat daripada kerjasama yang diberikan oleh setiap penerima seperti datang tepat pada masa temujanji yang ditetapkan, mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa disamping mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS