Seramai 4,000 Individu Lengkap Vaksinasi Di PPV Stadium Perpaduan

ISNIN, 12 JULAI 2021

KUCHING: Seramai 4,000 orang individu lagi menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan pada Isnin.

Tinjauan yang dilakukan mendapati semua penerima menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

Keadaan di PPV berkenaan juga terkawal dengan para petugas barisan hadapan dan sukarelawan membantu melancarkan proses vaksinasi.

Sementara itu, seorang penerima vaksin, Zulkarnaen Majidi memberitahu, bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan vaksin secara percuma kepada rakyat menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Tiada apa yang perlu dirisaukan, malah saya tidak berasa sakit semasa disuntik. Jadi jangan ragu-ragu tentang vaksin COVID-19,” katanya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment