16 Kes Baharu Varian Delta Dikesan Di Sarawak

SELASA, 13 JULAI 2021

KUCHING: Sebanyak 16 kes baharu membabitkan varian Delta dikesan di Sarawak setakat 4 Julai 2021.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof. Dr. David Perera memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Selasa.  

Jelas Dr David Perera IHCM telah mengesan varian SARS-COV-2 yang telah merebak di Sarawak.

“Dari pengawasan yang sedang dijalankan, saya ingin melaporkan bahawa pada 4 Julai, tambahan 16 kes varian Delta telah dikesan di Kuching

“Selain itu, pada masa yang sama varian Beta (B.1.351) juga telah dikesan di Kuching,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini Sarawak mencatat 35 kes varian Beta yang dilaporkan dari daerah Kuching iaitu tiga di Bau, dan masing-masing satu di Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu.

“Sarawak sekarang mempunyai tiga lagi kes yang diimport menjadikan keseluruhan 45 kes untuk varian Beta ini.

“Mengenai varian Theta,  tiada peningkatan jumlah kes.”tambahnya.

Untuk rekod, kes pertama telah dilaporkan pada 8 Julai yang melibatkan seorang lelaki berumur 56 tahun.-EDISI UKAS

Share
0

add comment