ADUN Batu Kitang Lawat Rumah OKU Dan Warga Emas Untuk Divaksinasi

SELASA, 13 JULAI 2021

BATU KITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang telah melawat 10 buah rumah kediaman penduduk yang kurang upaya (OKU) dan warga emas di konstituensi berkenaan.

Lawatan bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tersebut adalah bertujuan untuk memberi suntikan vaksin kepada mereka.

Perkhidmatan ini adalah memberi keselesaan kepada warga OKU dan warga emas yang tidak mampu untuk bergerak yang tinggal di kawasan Batu Kitang.

Lo khere Chiang juga menjelaskan bahawa kebanyakan mereka adalah miskin tegar dan tidak ada pengangkutan untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berdekatan.

Justeru itu, beliau menyeru kepada para penduduk setempat yang tinggal di kawasan Batu Kitang yang masih belum mendapat panggilan dari KKM agar bersabar kerana pihak kerajaan Sarawak sudah mempercepatkan proses suntikan vaksin kepada semua penduduk Sarawak.-EDISI UKAS

Share
0

add comment