ADUN Batu Kitang Sumbang 30 Beg Beras Untuk Op Bantu

SELASA, 13 JULAI 2021

BATU KITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang bersama ahli jawatankuasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang telah menyumbang sebanyak 30 beg beras kepada kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Padawan pada Selasa.

Khere Chiang memberitahu, sumbangan tersebut untuk menyokong program Op Bantu dengan memberi bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa program Op Bantu adalah program yang sangat bagus dengan pihak polis bukan sahaja mengawal prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah mereka juga turun padang membantu rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment