Ahli Parlimen Hulu Rajang Serah Bantuan Makanan Di DUN Baleh

SELASA, 13 JULAI 2021

KAPIT: Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong turun padang ke Kompleks Negeri Sarawak, Kapit bagi menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk di kawasan Bukit Mabong pada Isnin.

Beliau memberitahu, bantuan makanan tersebut merupakan sumbangan dari Kerajaan Persekutuan dan sebanyak 166 bungkusan bantuan makanan diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) daripada 12 buah rumah panjang di DUN Baleh.

“Pusat Khidmat DUN Baleh dengan kerjasama Pusat Khidmat Hulu Rajang melakukan pengagihan bantuan makanan tersebut yang bermula sejak Jumaat lepas.

“Setakat ini sebanyak 2,578 KIR dan 115 buah rumah panjang telah disahkan menerima bantuan ini termasuk hari ini (Isnin),” katanya.

Dalam pada itu, penerima bantuan merakamkan penghargaan kepada Datuk Wilson serta petugas yang terlibat dalam pengagihan bantuan makanan tersebut. –EDISI UKAS

Share
0

add comment