Dewan Dato Lee Teck Fook RRSS Siap Dipasang Sistem Cooling Spingklering

SELASA, 13 JULAI 2021

MIRI: Hanya mengambil masa selama 5 hari, kerja-kerja pemasangan Projek Sistem Cooling Spingklering di Dewan Dato Lee Teck Fook, Riam Road Secondary School (RRSS), Miri siap dipasang. 

Kos pemasangan sistem Cooling Spingklering menelan kos sebanyak RM80,000. 

Keadaan ini akan memberikan keselesaan kepada penerima vaksin yang menjadikan dewan ini sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bandaraya Miri dengan ketika ini keadaan cuaca di Miri sangat panas.

Pada Selasa, Pasukan ‘Kita Jaga Miri’ telah menjemput Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew hadir dan menyaksikan Majlis Pelancaran Sistem Cooling Spingklering di Dewan Dato Lee Teck Fook RRSS, Miri. 

Hadir sama Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong Siew Yu dan Pengerusi Lembaga Pengarah RRSS Dato’ Sri Law Kiu Kiong. -EDISI UKAS

Share
0

add comment