Perkhidmatan Bank Bergerak Agrobank Kini Di Pejabat Daerah Kecil Padawan

SELASA, 13 JULAI 2021

PADAWAN: Perkhidmatan Bank Bergerak Agrobank kini berada di Pejabat Daerah Kecil Padawan khusus untuk komuniti di kawasan berkenaan.

Perkhidmatan yang disediakan akan menyediakan akses yang lebih menyeluruh kepada warga Padawan untuk mendapatkan pelbagai kemudahan perbankan.

Tinjauan pada Selasa mendapati, selain perkhidmatan mesin ATM, bank bergerak berkenaan juga menawarkan kemudahan kaunter pembukaan akaun dan debit kad.

Operasi perkhidmatan bank bergerak di situ telah bermula pada 11 hingga 16 Julai depan dan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Perkhidmatan itu adalah bagi menyahut seruan kerajaan Sarawak seperti di dalam inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 pada 8 Mei lalu.-EDISI UKAS

Share
0

add comment