PICK Di PPV Dewan SJK (C) Long Lama Mencecah Hampir 8,000 Orang

SELASA, 13 JULAI 2021

LONG LAMA: Penerima vaksin COVID-19 Program Imuniti COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Long Lama kini hampir mencecah 8,000 orang. 

Dalam tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di PPV tersebut pada Isnin, seramai 492 orang telah hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dos kedua mengikut temu janji yang telah ditetapkan. 

Mereka mula membanjiri PPV Dewan SJK (C) Long Lama seawal jam 8.00 pagi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi bagi mengelak penularan COVID-19.

Selain PPV Dewan SJK (C) Long Lama, penduduk di Long Lama ini juga boleh mendapatkan suntikan vaksin di Klinik-Klinik Kesihatan di seluruh kawasan pedalaman Baram yang dibuka bagi tujuan yang sama. 

Kepada penduduk yang belum mendapatkan temu janji vaksinasi masing-masing atau jika ingin mendapatkan maklumat vaksinasi, mereka adalah digalakkan untuk berhubung dengan PPV Long Lama di talian 085-771326, 085-771325 dan 085-771018. -EDISI UKAS

Share
0

add comment