SELASA, 13 JULAI 2021
BEKENU: Petugas di barisan hadapan di Balai Polis Bekenu dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bekenu menerima sumbangan makanan dan minuman daripada Jabatan Penerangan Daerah Miri sempena Program Info On Wheel (IOW).
Sumbangan telah disampaikan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus dalam majlis ringkas pada Isnin.
Dalam pada itu, menurut Penolong Pegawai Penerangan Daerah Miri Syuriana ketika ditemui, program ini diadakan secara sederhana dan tidak melibatkan orang ramai.
“Seramai 20 orang anggota yang pertugas di Balai Polis Bekenu dan 50 orang petugas di PPV Dewan Masyarakat Bekenu menerima sumbangan makanan dan minuman.
“Selain itu, diadakan juga agihan risalah maklumat vaksin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di PPV Dewan Masyarakat Bekenu sambil menyantuni penerima vaksin yang hadir,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan makanan itu.
Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Subis Minggu Jampong. -EDISI UKAS