PPV Dewan Masyarakat Tebedu Terus Catat Peningkatan Individu Terima Suntikan

SELASA, 13 JULAI 2021

TEBEDU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu terus mencatat peningkatan individu yang menerima suntikan dos kedua mereka.

Pada Isnin, seramai 612 individu telah menerima suntikan dos kedua, manakala 188 individu pula penerima dos pertama mereka.

Sebanyak sembilan kampung yang terlibat iaitu Kampung Tebedu Mawang, Kampung Bung Padus, Kampung Reteh Plaman, Kampung Sejijak Plaman, Kampung Payau Achau, Kampung Tema Saan, Kampung Mapu Sadong, Kampung Padus Stubot dan Kampung Senah Rayang.

Sementara itu, tinjauan UKAS mendapati rata-rata penerima merasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak dan Malaysia amnya kerana telah menunaikan janji untuk memberi vaksin kepada rakyat secara percuma. -EDISI UKAS