Program Food Bank Masjid Ar-Rahmah Kampung Baru Seberang Sarikei Bantu Penduduk Terjejas

SELASA, 13 JULAI 2021

SARIKEI: Seramai 81 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan makanan menerusi Program Food Bank Masjid Ar-Rahmah Kampung Baru Seberang Sarikei.

Bantuan itu disampaikan oleh Pengerusi Masjid Ar-Rahmah Kampung Baru Seberang Sarikei dalam majlis ringkas pada Isnin dan turut dihadiri Imam 1 Masjid Ar-Rahmah Haji Suhaili Arab, Haji Alias Sitam Bendahari Masjid Ar-Rahmah, Haji Aryadi Yusup Tabung Haji Sarikei dan Ketua Masyarakat Syahmin.

Food Bank ini merupakan inisiatif Masjid Ar-Rahmah Kampung Baru Seberang dan telah menerima banyak sumbangan dari orang ramai dalam usaha membantu rakyat yang terjejas.

Rata-rata penerima kebanyakannya peniaga kecil yang hilang punca pendapatan akibat perlaksanaan PKP baru-baru ini amat berterima kasih kepada penderma atas sumbangan yang diberikan.

Program ini bermula secara kecil-kecilan dengan pemberian terhad kepada 15 ketua keluarga pada satu masa namun mendapat sambutan yang amat baik.

Selain itu, Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh juga cukup prihatin dengan melaksanakan ‘Kongsi Rezeki’ yang disalurkan oleh Pusat Khidmat melalui Masjid Al-Mutaqqin untuk bantuan khusus seperti susu bayi, lampin pakai buang, kerusi roda dan lain-lain.

Semua usaha ini adalah pelengkap kepada bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri mahupun kerajaan pusat sepanjang pelaksanaan PKP bermula tahun lepas. – EDISI UKAS

Share
0

add comment