Projek Naik Taraf Jalan Ulu Arip Selangau Sedang Rancak Dijalankan

SELASA, 13 JULAI 2021

SELANGAU: Jalan Ulu Arip, Selangau sejauh 0.8 kilometer kini sedang rancak dinaik taraf.

Dalam tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarwak (UKAS) pada Isnin, 12 buah lori, sebuah mesin Bomag, sebuah mesin John Deree dan sebuah jengkaut sedang membuat kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut. 

Menurut seorang pekerja yang ditemui, projek tersebut dinaik taraf bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku.

Projek tersebut dibiayai sepenuhnya Majlis Luar Bandar Sibu (SRDC). -EDISI UKAS

Share
0

add comment