SELASA, 13 JULAI 2021
BA’KELALAN: Vaksin COVID-19 dos kedua jenis Sinovac selamat sampai dan mendarat di Ba’kelalan dengan menggunakan perkhidmatan helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Selasa.
Sebaik tiba di lapangan terbang Ba’kelalan, vaksin tersebut telah dibawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Buduk Nur, Bakelalan untuk diberikan kepada penduduk.
Berbeza sebelum ini, vaksin dos kedua bagi penduduk di Semadoh turut dihantar bersama dengan mengunakan helikopter dan akan dihantar ke Long Semadoh pada Rabu ke Klinik Desa yang terletak di Lapangan Terbang Semadoh melalui jalan darat.
Turut serta dalam penerbangan itu ialah Pasukan Combat Medic, Batalion Pertama ATM seramai 9 orang yang akan bertugas di PPV Dewan Masyarakat Buduk Nur Ba’kelalan selama dua hari.
Selepas itu, mereka akan berada di PPV Dewan Mesyarakat Long Semadoh Rayeh selama dua hari bermula 14 hingga 16 Julai 2021 sebelum berpangkat pulang ke pangkalan. -EDISI UKAS