SABERKAS Hulur Bantuan Kepada Penduduk Di Kampung Tematu

SELASA, 13 JULAI 2021

BATU KITANG: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Batu Kitang telah memberi sumbangan berupa bakul makanan, air minuman, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada penduduk Kampung Tematu yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang bersama ahli-ahli jawatankuasa Saberkas kepada Ketua Kaum Kampung Tematu, Geofry Tahang.

Lo Khere Chiang juga merakamkan jutaan terima kasih kepada SABERKAS Cawangan Batu Kitang terutamanya unit SABERKAS Kampung Tematu atas sumbangan tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa keputusan swab test RT-PCR penduduk kampung Tematu sudah keluar dan mendapati sembilan orang positif COVID-19.

Beliau juga menasihati dan menyeru penduduk tempatan bertabah dan terus kekal di kediaman masing-masing tanpa bimbang bekalan makanan dan keperluan lain kerana beliau akan berusaha membantu memberikan sumbangan kepada mereka.-EDISI UKAS

Share
0

add comment