Seramai 4,326 Individu Lagi Lengkap Dos Kedua Di PPV Dewan Mesra Simunjan

SELASA, 13 JULAI 2021

SIMUNJAN: Seramai 4,326 orang lagi telah lengkap menerima dos kedua vaksin jenis Sinovac pada hari ketujuh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mesra Simunjan, pada Isnin.

Tinjauan mendapati sambutan sangat menggalakkan dan semakin ramai yang teruja untuk mendapatkan vaksin dan ini menunjukkan bahawa masyarakat di kawasan ini semakin peka betapa pentingnya pengambilan vaksin COVID-19.

Sementara itu, beberapa penerima vaksin yang ditemui menyatakan perasaan gembira dan lega setelah melengkapkan dos kedua.

Dalam masa sama mereka turut menyeru kepada orang ramai supaya tidak takut mengambil vaksin dan berdaftar dengan segera untuk menerima vaksin.

Hari ini (Selasa) merupakan hari terakhir PPV Dewan Mesra Simunjan beroperasi bagi membeli laluan kepada masyarakat di Gedong untuk melemgkapkan dos kedua yang bermula 14 Julai 2021 bertempat di PPV Dewan Masyarakat Gedong.

Petugas barisan hadapan turut memastikan semua penerima vaksin yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment