274 Orang Lagi Terima Suntikan Dos Pertama Di PPV Dewan Pembangunan Sebuyau

RABU, 14 JULAI 2021

SEBUYAU: Seramai 274 orang lagi hadir mendapatkan suntikan vaksin dos pertama jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pembangunan Sebuyau pada Rabu.

Penerima suntikan vaksin melibatkan penduduk kawasan Sebuyau termasuk pekerja asing dari sektor perladangan.

Proses vaksinasi berjalan dengan lancar dan kerjasama yang baik daripada penerima vaksin dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, penerima vaksin ketika ditemui merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas usaha melakukan program vaksinasi terutamanya di kawasan luar bandar. –EDISI UKAS

Share
0

add comment