400 Penduduk Daerah Lawas Terima Suntikan Vaksin Dos Kedua

RABU, 14 JULAI 2021

LAWAS: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) masih lagi diadakan dan seramai 400 penduduk di Daerah Lawas menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua.

Mereka yang menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ILIM, JAKIM telah hadir seawal jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang pada Rabu. 

Proses vaksinasi COVID-19 berjalan lancar dan suasana keadaan adalah terkawal kerana para penerima vaksin mematuhi SOP serta mengikut jadual yang ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment