515 Penduduk Long Lama Terima Vaksin COVID-19 Dos Kedua

RABU, 14 JULAI 2021

LONG LAMA: Selepas kejayaan pemberian vaksin dos pertama, sambutan yang diterima untuk vaksin dos kedua diteruskan dengan 515 penduduk hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Long Lama pada Selasa.

Mereka ini hadir berdasarkan temu janji selepas menerima suntikan vaksin dos pertama dua minggu lepas.

Amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap terus dititikberatkan dengan jarak satu meter selain memastikan setiap individu yang hadir menggunakan pelitup hidung dan mulut serta menggunakan pembersih tangan yang disediakan. 

Berbeza sebelum ini, bilangan penerima vaksin dos pertama kian berkurangan apabila banyak pusat vaksinasi telah dibuka di Klinik-Kesihatan di seluruh kawasan pedalaman Baram. 

Ini secara tidak langsung telah membantu meringankan beban kos pengangkutan penduduk untuk datang ke PPV Dewan SJK (C) Long Lama.  

Penduduk yang belum mendapatkan temu janji vaksinasi masing-masing atau jika ingin mendapatkan maklumat vaksinasi, mereka digalakkan berhubung dengan PPV Dewan SJK (C) Long Lama di talian 085-771326, 085-771325 dan 085-771018. -EDISI UKAS

Share
0

add comment