561 Penduduk Terima Vaksin COVID-19 Dos Kedua

RABU, 14 JULAI 2021

BELURU: Seramai 561 penduduk di Daerah Beluru menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru pada Selasa. 

Kesemua mereka ini hadir menerusi temu janji dos kedua yang dimaklumkan sebelum ini selepas menerima vaksin dos pertama. 

Sehingga kini, seramai 5,909 penduduk telah menerima vaksin dos kedua vaksin COVID-19 di PPV Dewan Masyarakat Beluru. -EDISI UKAS

Share
0

add comment