643 KIR Lagi Di DUN Belaga Terima Bantuan Makanan PEMULIH

RABU, 14 JULAI 2021

BELAGA: Kerja-kerja pengagihan Bantuan Bakul Makanan Ahli Parlimen Hulu Rajang kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga bersambung pada Selasa.

Penerima melibatkan 643 ketua isi rumah (KIR) dari 15 buah rumah panjang, dua buah sekolah, klinik dan gereja.

Antara KIR terdiri daripada Rumah Punan Bah, Rumah Kulleh Siluk Punan Biau, Rumah Selawan, Uma Nyaberth, Punan Data Ba, Sekolah Kebangsaan (SK) Data Kakus, SK Punan Ba dan Klinik Kesihatan Punan Bah sereta yang lain.

Bantuan tersebut adalah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Ketua Kaum yang hadir ke pusat pengagihan mewakili penduduk merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.-EDISI UKAS

Share
0

add comment