ADUN Samariang Bersama Pasukan Vaksinasi Bergerak Turun Padang Di Kampung Malaysia Jaya

RABU, 14 JULAI 2021

KUCHING: Prihatin dengan kekangan yang dihadapi golongan yang memerlukan, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Dan Persekutuan Dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali meluangkan masa bersama pasukan vaksinasi bergerak di Kampung Malaysia Jaya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ADUN Samariang bersama petugas kesihatan telah melakukan program ‘outreach’ vaksin kepada pesakit orang kurang upaya (OKU), warga emas dan yang tidak berdaya di sekitar kampung berkenaan.

Program tersebut dijalankan dari rumah ke rumah bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada para pesakit.

Sementara itu, ibu kepada salah seorang pesakit autisme, Zainab Sulong merakamkan penghargaan terima kasih ADUN Samariang bersama pasukan vaksinasi bergerak yang memudahkan golongan memerlukan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment