ADUN Simanggang Serah Bantuan Menerusi Program Ziarah UKAS

RABU, 14 JULAI 2021

SRI AMAN : Seramai 50 orang yang terdiri dari golongan asnaf dan mereka yang ketinggalan dalam pengagihan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah menerima bantuan sumbangan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Bantuan menerusi Program Ziarah UKAS berupa bekalan makanan, pelitup muka dan cecair pembersih tangan itu disampaikan sendiri oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, pada Selasa.

Penerima yang layak adalah mengikut pertimbangan dan penilaian pihak penganjur dan rata-ratanya merupakan penduduk dari Kampung Muhibbah, Kampung STC, RPR Taman Harmoni, Temudok Atas, Jalan Sabu dan kampung-kampung yang berdekatan.

Datuk Francis dalam pada itu merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UKAS atas bantuan yang diberikan sekaligus meringankan beban penduduk yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment