ADUN Tanjong Datu Serah Geran UNIFOR Bernilai RM800,000

RABU, 14 JULAI 2021

LUNDU: Sebanyak empat projek di daerah Lundu telah diluluskan di bawah geran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM800,000.

Antara projek yang telah diluluskan adalah baik pulih Tokong Bong Lo Sian, naik taraf Tokong Zhong Chen, bina semula Tokong Guan Yin serta bina baru Jalan Perkuburan Adat Lama Kampung Jangkar.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berharap projek-projek naik taraf serta baik pulih yang meliputi rumah ibadat bukan Islam di daerah Lundu dapat memberi keselesaan kepada mereka.

Datuk Amar Jamilah menambah, beliau juga akan memastikan penduduk di daerah Lundu khususnya penduduk DUN Tanjong Datu akan terus menikmati pembangunan yang dibawa kerajaan negeri dan persekutuan.

Turut hadir dalam majlis penyerahan geran UNIFOR di Dewan Mahligai Gading Lundu pada Rabu ialah Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.-EDISI UKAS

Share
0

add comment