JPBB Serian Serah Peralatan dan Kelengkapan Sanitasi Kepada Jabatan Bomba & Penyelamat Serian dan Siburan

RABU, 14 JULAI 2021

SERIAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Serian menyampaikan enam unit ‘battery sprayer’ dan 10 kotak apron plastik kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Serian dan Siburan pada Rabu.

Residen Bahagian Serian merangkap Pengerusi JPBB Serian, Tuah Suni menyerahkan dua unit ‘knapsack battery sprayer’ dan lima kotak apron plastik kepada Ketua Balai Bomba Serian manakala empat unit ‘knapsack battery sprayer’ dan lima kotak apron plastik kepada Ketua Balai Bomba Siburan.

Beliau memberitahu, peralatan dan kelengkapan ini adalah untuk kegunaan kerja-kerja sanitasi pihak Bomba di Bahagian Serian. –EDISI UKAS

Share
0

add comment