Lagi 367 Penduduk Terima Vaksin COVID-19 Di PPV Dewan Sukan Tatau

14 JULAI 2021

TATAU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau diteruskan pada Selasa.

Pada kali ini seramai 367 orang menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua jenis Sinovac.

Kebanyakan mereka yang menerima vaksin ini terdiri daripada golongan umur pertengahan.

Seperti sebelumnya, proses vaksinasi berjalan lancar yang dibantu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan MyVac dan sukarelawan agensi kerajaan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment