Mangsa Kebakaran Kampung Punggu Tapang Terima Bantuan

RABU, 14 JULAI 2021

SRI AMAN : Mangsa kebakaran di Kampung Punggu Tapang terus mendapat perhatian daripada Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor.

Pada Selasa, bantuan berupa tilam dan bekalan makanan dihulurkan oleh Temenggung Kuek Aik Seng bersama dengan Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit.

Dengan bantuan tersebut, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Sehubungan dengan itu, Temenggung Kuek Aik Seng berharap akan lebih ramai persatuan-persatuan yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment