Pejabat Daerah Simunjan, JKR Samarahan Lawat Tapak Projek RTP 2020 Kampung Benat Hulu Dan Kampung Benat Hilir

RABU, 13 JULAI 2021

SIMUNJAN: Pejabat Daerah Simunjan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Selasa.

Lawatan dimulakan dengan meninjau projek bagi menaikbtaraf Kampung Benat Hulu dan projek bagi membina baru jalan Kampung Benat Hilir.

Projek-projek yang dilawati masing-masing melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000.

Penduduk di kedua-dua buah kampung itu bakal menerima manfaat apabila projek tersebut siap kelak.

Hadir dalam lawatan projek itu adalah Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Simunjan Zainap Halip , Penolong Jurutera Bahagian Samarahan Ir Adwin Bong, Ketua Kaum Kampung Benat Hulu TR Gubil Padat dan juga Ketua Kaum Kampung Benat Hilir TR Rangga Tebun.-EDISI UKAS

Share
0

add comment