PPV Bergerak Di Dewan Al-Abyad Sasar 2000 Kehadiran Untuk Divaksinasi

RABU, 14 JULAI 2021

KUCHING : Program Suntikan Vaksin COVID-19 menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Dewan Al-abyad, Taman Matang Jaya telah dijalankan hari ini.

Terdahulu pada Selasa, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua Cawangan Tupong, Senator Dr Zaiedi Suhaili bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman mengadakan lawatan ke tapak program berkenaan bagi memastikan segala persediaan berjalan lancar.

Dalam lawatan tersebut, penekanan mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard(SOP) telah dibincangkan dengan penuh teliti.

Selain itu, difahamkan program pada kali ini tidak menetapkan sebarang kuota mahupun had maksimum bagi penerima seperti yang dilakukan sebelum ini.

Oleh itu, keseluruhan penerima dari Kampung Tupong, Kampung Gita, Taman Matang Jaya dan taman-taman yang berdekatan disasarkan akan divaksinasi seramai 2000 orang. -EDISI UKAS

Share
0

add comment