PPV Dewan Long Tuma Mula Beri Vaksin COVID-19 Dos Kedua

RABU, 14 JULAI 2021

LAWAS: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Long Tuma kini mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 dos kedua selepas pemberian dos pertama selesai pada 28 Jun lepas secara berjadual. 

Sebanyak 200 dos vaksin jenis Sinovac telah disediakan khas untuk penerima pada Selasa. 

Seawal jam 7 pagi lagi, penduduk yang dijadualkan menerima suntikan vaksin dos kedua hadir dan mengambil tempat masing-masing sementara menunggu giliran untuk menerima vaksinasi.

Perjalanan program vaksinasi berjalan baik dan lancar sehingga sebelum tengah hari hampir kesemua telah menerima vaksinasi dos kedua. -EDISI UKAS

Share
0

add comment