PPV Dewan Masyarakat Tebedu Tambah Suntikan Dos Pertama Bagi 227 Individu Tercicir

RABU, 14 JULAI 2021

SERIAN: Seramai 227 penduduk kampung yang tercicir telah menerima suntikan dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu pada Selasa.

Penduduk kampung yang terlibat adalah dari Kampung Reteh Mawang, Kampung Reteh Plaman dan Kampung Mapu Tragu.

Sementara itu, penerima dos kedua adalah seramai 591 orang yang melibatkan penduduk Kampung Darul Islam Belimbing, Kampung Rudan, Kampung Kawa Belimbing, Kampung Semeru, Kampung Kujang Plaman dan Kampung Tema Saan.

Dalam pada itu, Pemanca Kane Manung ketika ditemui menasihatkan agar semua ketua kaum turut hadir ke PPV bagi membantu dan memastikan proses vaksinasi berjalan lancar. –EDISI UKAS

Share
0

add comment