Program Pembelian Lambakan Hasil Tani Bantu Pekebun Terkesan Akibat Covid-19

RABU, 14 JULAI 2021

KABONG: Pertubuhan Peladang Kawasan Kalaka telah mengadakan program pembelian lambakan nanas dan cili bagi membantu memasarkan pekebun-pekebun menjual hasil tanaman yang tidak dapat dijual akibat pandemik Covid-19.

Sebagai permulaan, sebanyak 1590 kilogram buah nanas jenis MD2 dan 19 kilogram cili telah dibeli.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kalaka, Japar Amin yang mewakili Pertubuhan Peladang Kawasan Kalaka menyerahkan nanas dan cili tersebut kepada Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir yang mewakili Mohd Chee Kadir bertempat di Pusat Khidmat ADUN Kabong pada Rabu.

Buah nanas tersebut akan diagihkan kepada petugas-petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Polis Kabong dan beberapa agensi barisan hadapan. – EDISI UKAS

Share
0

add comment