Projek RTP Naik Taraf Sistem Perparitan Kampung Pujut Tanjung Batu Siap

RABU, 14 JULAI 2021

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak telah melawat satu Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Menaik Taraf Sistem Perparitan Kampung Pujut Tanjung Batu pada Rabu.

Projek sepanjang 120 meter di Jalan Tanjung Batu 7C yang menelan kos sebanyak RM99,986 telah pun siap lebih awal dari jadual yang dijadual asal. 

Dalam lawatan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin merakamkan terima kasih kepada Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) di atas kerjasama dan tindakan cepat dalam melaksanakan projek tersebut supaya infrastruktur kampung penduduk tersebut dinaik taraf.

Sementara itu, Ketua Kaum Usman Suleiman@ Othman Suleiman mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan ADUN Senadin atas siapnya projek ini sekaligus menyelesaikan permasalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini. 

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah melaksanakan Projek RTP dalam kampung saya ini bukan hanya di Lorong Batu 7C tetapi setakat ini keseluruhan pun sudah mempunyai perparitan konkrit,” katanya.

Hadir sama Jurutera DID Bahagian Miri Ir. Hiew Si Then. -EDISI UKAS

Share
0

add comment