RM1.05 Juta Diluluskan Bagi Laksanakan 13 Projek Berkaitan Rumah Ibadat Islam Di Lundu & Sematan

RABU, 14 JULAI 2021

LUNDU: Sebanyak 13 projek berkaitan dengan rumah ibadat Islam di daerah Lundu dan daerah kecil Sematan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.05 juta telah diluluskan.

Kesemua projek yang bernilai keseluruhan RM1.05 juta itu telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Haji Anu di Masjid Pehin Sri Adenan Satem Lundu, pada petang Selasa.

Antara projek yang telah diluluskan adalah baik pulih Masjid Daerah Kecil Sematan (RM200,000), baik pulih Masjid Pehin Sri Adenan (RM100,000),naik taraf Surau Kampung Trusan Jaya (RM100,000), naik taraf Surau Kampung Siru Melayu (RM70,000), baik pulih Surau Kampung Sebat Lama (RM100,000), baik pulih Surau Sebat Baru (RM70,000), naik taraf Surau Kampung Serayan Hilir (RM50,000), naik taraf Surau Kampung Fanah Hitam (RM70,000), naik taraf Surau SMK Lundu (RM30,000), naik taraf Surau SMK Sematan (RM30,000), naik taraf Surau SMK Senibong (RM30,000), naik taraf Surau Masjid Kampung Sampadi (RM100,000) dan naik taraf Masjid An Nur Kampung Stunggang Melayu (RM100,000).

Kesemua 13 projek berkenaan merupakan Projek Rakyat dan akan diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lundu.

Sementara itu, Datuk Amar Jamilah berharap projek-projek naik taraf serta baik pulih yang meliputi surau dan masjid di daerah Lundu itu dapat memberi keselesaan kepada umat Islam khususnya di DUN Tanjong Datu.

Beliau juga turut membantu dalam menaik taraf beberapa surau di dalam kawasan Opar. -EDISI UKAS

Share
0

add comment