Seramai 145 Penduduk Tampil Mendapatkan Vaksin Di KK Nanga Bangkit

RABU, 14 JULAI 2021

KATIBAS: Seramai 145 orang penduduk Katibas Tengah dan Nanga Bangkit telah mendapat suntikan vaksin semasa Program Suntikan Vaksin COVID-19 yang dianjurkan dua hari di Klinik Kesihatan (KK) Nanga Bangkit.

Program yang bermula pada 12 Julai itu menyaksikan 76 orang penduduk dari rumah Panjang kawasan Katibas Tengah dan sepanjang Sungai Bangkit mendapatkan vaksin jenis Sinovac untuk dos pertama.

Manakala pada hari kedua, program tersebut dihadiri seramai 69 orang penduduk untuk mendapatkan vaksin.

Penerima yang ditemui turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengadakan program ‘outreach’ tersebut bagi memudahkan mereka mendapatkan vaksin tanpa perlu ke Pekan Song.

Mereka juga berharap penduduk yang lain mengambil keputusan yang sama demi keselamatan diri dan orang lain. -EDISI UKAS

Share
0

add comment