Seramai 451 Orang Disaring Menerusi ACD di Kampung Kendaie, Kampung Bukit Batu & Kampung Pasir Hilir

RABU, 14 JULAI 2021

LUNDU: Susulan daripada 26 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di daerah Lundu serta pengisytiharan Kluster Kendaie oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) semalam, satu operasi Active Case Detection (ACD) dilaksanakan di Kampung Kendaie pada Selasa.

Seramai 451 orang penduduk Kampung Kendaie, Kampung Bukit Batu serta Kampung Pasir Hilir telah hadir menjalani ujian calitan COVID-19 tersebut.

Tindakan untuk membuat ujian calitan kepada penduduk Kampung Kendaie serta dua kampung berdekatan iaitu Kampung Bukit Batu dan Kampung Pasir Hilir diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lundu disebabkan penyebaran pantas serta peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dari Kampung Kendaie.

Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu juga telah diisytiharkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 13 sehingga 26 Julai 2021. -EDISI UKAS

Share
0

add comment