Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Lawas Agih Bantuan Pek Makanan Kasih Kenyalang

RABU, 14 JULAI 2021

LAWAS: Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Lawas telah mengagihkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan di Pejabat Baitulmal Daerah Lawas pada Rabu. 

Mereka yang merupakan golongan B40 dan terjejas akibat pandemik COVID-19 terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama menerima bantuan makanan telah hadir pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

Program agihan Bantuan Pek Makanan Kasih Kenyalang sudah berjalan pada hari Rabu minggu lepas sehingga hari ini dengan lebih kurang 800 pek makanan sudah diagihkan kepada penerima. 

Program berjalan dengan lancar dan keadaan adalah terkawal kerana penerima mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment