1600 Orang Lengkap Terima Vaksin Dos Kedua Di PPV Kozi Square

KHAMIS, 15 JULAI 2021

KUCHING: Seramai 1600 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 jenis Sinovac pada Khamis, bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kozi Square.

Menerusi tinjauan UKAS, terdapat beberapa laluan disediakan di PPV tersebut bagi mengawal kehadiran penerima vaksin.

Dalam pada itu, terdapat sedikit masalah yang dihadapi,  yang mana keadaan jalan agak sesak disebabkan beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan.

Namun begitu, proses pemvaksinan masih berjalan lancar dan terkawal disamping penerima yang hadir kelihatan selesa dengan perkhidmatan yang disediakan.

PPV Kozi Square mula beroperasi pada 12 Jun 2021, diselia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan bantuan anggota RELA, PDRM, Malaysian Red Cresent Association dan sukarelawan. – EDISI UKAS

Share
0

add comment