1700 Penduduk Mukah Terima Vaksin Di Tiga PPV

KHAMIS, 15 JULAI 2021

MUKAH: Seramai 1700 lagi penduduk di Mukah di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Daerah Mukah (CITF Daerah Mukah) menerima suntikan vaksin pada Rabu di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

PPV terbabit adalah Dewan Suarah Mesra Mukah, Klinik Kesihatan Balingian Bergerak dan Klinik Kesihatan Bukut Bergerak.

Operasi PPV Dewan Suarah Mesra Mukah yang memasuki hari ke-46 menyaksikan seramai 500 individu menerima suntikan dos pertama manakala 760 melengkapkan dua dos suntikan.

Klinik Kesihatan Balingian Bergerak pula memberi dos kedua kepada 200 penduduk selain 200 lagi menerima dos pertama di Klinik Kesihatan Bukut Bergerak.

Beberapa penerima yang sempat ditemubual UKAS menyeru orang ramai untuk tidak takut mengambil vaksin dan segera mendaftar untuk menerimanya demi kebaikan bersama. – EDISI UKAS

Share
0

add comment