350 Orang Lagi Terima Suntikan Vaksin Dos Kedua Di PPV Dewan Sri Pantu

KHAMIS, 15 JULAI 2021

SRI AMAN: Seramai 350 orang lagi menerima suntikan vaksin dos kedua jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vakisn (PPV) Dewan Sri Pantu pada Rabu.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di PPV tersebut setakat hari kesembilan telah berjaya memberikan suntikan vaksin kepada 3959 orang.

Sementara itu, pemberian suntikan vaksin dos pertama masih menunggu pendaftaran yang baharu.

Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut membantu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. –EDISI UKAS

Share
0

add comment