62 Petani Di DUN Pantai Damai Terima Input Pertanian

KHAMIS, 15 JULAI 2021

KUCHING: Seramai 62 penduduk daripada enam buah kampung yang terdiri dari golongan petani menerima Input Pertanian Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Hadir menyempurnakan penyerahan input tersebut, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, bertempat di Dewan Seberguna Kampung Pasir Pandak, pada Khamis.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Pasir Pandak, Kampung Sungai Buah, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lumut, Kampung Buntal dan Kampung Santubong.

Agihan input setiap set bernilai hampir RM5,000, merangkumi peralatan dan bahan seperti NPK Green (10 beg), NPK Blue (19 beg), Peat Moss (2 beg), Chlorpyrifos ( 2 botol), Knapsack Sprayer (1 unit), Bush Cutter (1 unit), bakul (6 unit), dan kereta sorong (1 unit).

Datuk Dr Abdul Rahman berkata, program tersebut bukan pertama kali dianjurkan bersama pihak Jabatan Pertanian di kawasan DUN Pantai Damai, malah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah dijalankan program khidmat nasihat atau kursus pendek kepada para petani.

Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Sarawak kerana telah melakukan program-program sedemikian yang mana sedikit sebanyak dapat membantu para petani. –EDISI UKAS

Share
0

add comment