74 Penduduk Kawasan Engkasing Terima Bantuan Bakul Makanan PEMULIH

KHAMIS, 15 JULAI 2021

LIMBANG: Seramai 74 penduduk di kawasan Engkasing, Jalan Ulu Lubai telah menerima bakul makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Rh. Tajing, Sungai Puru pada Rabu. 

Bantuan bakul makanan PEMULIH itu telah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang. 

Penyerahan bantuan bakul makanan ini diselaraskan Pusat Khidmat Parlimen Limbang dan turut dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang dan anggota Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang.

Hadir sama Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Limbang Ali Omar dan Penolong Pegawai JKM Limbang Wilson Joseph. -EDISI UKAS

Share
0

add comment