ACD Dijalankan Di Kampung Jagoi Duyoh, 668 Penduduk Disaring

KHAMIS, 15 JULAI 2021

BAU : Susulan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Jagoi Duyoh, seramai 668 penduduk telah menjalani ujian saringan COVID-19 melalui Operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD), pada Khamis.

ACD yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau itu bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari, bertempat di Dewan Kampung Jagoi Duyoh.

Inisiatif sedemikian merupakan sebahagian daripada strategi bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang membabitkan seramai 35 orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari PKD Bau dan Pasukan Makmal Kuching.

Turut membantu dalam melancarkan pelaksanaan ACD tersebut adalah petugas dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jagoi Duyoh. -EDISI UKAS

Share
0

add comment