ADUN Pantai Damai Serah Sumbangan Kepada Penduduk Memerlukan Di Samariang

KHAMIS, 15 JULAI 2021

KUCHING : Beberapa buah keluarga di Taman Perumahan Bandar Baru Samariang yang memerlukan terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, dan keluarga yang terputus pendapatan telah menerima sumbangan kerusi roda dan bekalan makanan.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Menteri Muda di Jabatan  Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai,Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pada Khamis.

Difahamkan, terdapat salah seorang penduduk Taman Perumahan Bandar Baru Semariang, Wellington yang menghidap penyakit asma kronik tidak dapat berjalan dan memerlukan alat penafasan.

Oleh itu, Datuk Dr Abdul Rahman telah menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk kemudahan harian dan bekalan makanan untuk keluarga beliau.  

Dalam pada itu, bantuan bekalan makanan juga turut diserahkan kepada beberapa buah keluarga yang lain di taman berkenaan dan semua penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Dr Abdul Rahman atas bantuan tersebut sekaligus meringankan beban yang dihadapi mereka. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia