ADUN Tamin Serah Cek MRP Kepada 25 JKKK, Pertubuhan Dan PIBG

KHAMIS, 15 JULAI 2021

TAMIN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM315,600 di kawasan DUN Tamin.

Beliau memberitahu, cek tersebut diserahkan kepada 25 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK), pertubuhan termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Penerima cek melibatkan kawasan Siong di Rumah Julau Siong Ulu pada 12 Julai, manakala kawasan Selangau, Sekuau dan Tamin di Rumah Pengulu Surang Tajam pada 13 Julai.

“Sementara itu, kawasan Lemai di Rumah Jaro Balingian menerima cek pada 14 Julai,” katanya.

Tambahnya lagi, lebih RM28 juta peruntukan diluluskan untuk semua Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) melibatkan kerja-kerja membaik pulih rumah, membeli bahan binaan, menaik taraf jalan dan banyak lagi dari tahun 2016 hingga 2021.

Dalam program sama, beliau turut menyerahkan peruntukan RM10,000 kepada JKKK Rumah Jaraw untuk pembinaan tandas awam dan rumah JKKK. –EDISI UKAS