Agihan ‘Food Bank’ Masjid Ar-Rahmah Kampung Baru Seberang, Sarikei

KHAMIS, 15 JULAI 2021

SARIKEI: Sejumlah 85 lagi bakul makanan ‘Food Bank’ Masjid Ar-Rahmah Kampung Baru Seberang diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Dewan Serbaguna Masjid Ar-Rahmah pada Rabu.

Penerima bantuan adalah peniaga kecil yang hilang punca pendapatan, hilang pekerjaan dan ibu tunggal bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Pengerusi Masjid Ar-Rahmah, Enon Bujang dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sarikei menyampaikan bantuan berkenaan kepada penerima.

Sebanyak 338 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk setempat hasil daripada sumbangan masyarakat Sarikei sejak program tersebut diadakan hampir sebulan yang lalu.

Selain itu, pihak Jawatankuasa Masjid Ar-Rahmah merakamkan penghargaan kepada Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh atas pembinaan Dewan Serbaguna Masjid Ar-Rahmah bagi memudahkan pihak masjid melakukan pelbagai aktiviti masyarakat dengan lebih selesa. – EDISI UKAS

Share
0

add comment