KHAMIS, 15 JULAI 2021
KOTA SAMARAHAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai-pegawai Penguatkuasa Polis Bahagian Kota Samarahan bertempat di Marqas Operasi ADUN Muara Tuang pada Khamis.
Dalam sesi pertemuan itu, mereka membincangkan beberapa perkara berkaitan isu-isu semasa dan isu pandemik COVID-19.
Dato’ Idris Buang turut menyerahkan Bantuan Makanan Asas (BMA) secara simbolik kepada wakil penerima untuk 147 petugas-petugas Polis Daerah Samarahan bagi menghargai pengorbanan mereka selama bertugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kampung Daerah Samarahan sebelum ini.
Beliau memahami kesukaran yang dihadapi para petugas barisan hadapan dalam menjalankan kewajipan bagi membantu mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.- EDISI UKAS