CITF Sarawak Lawat Tapak PPVIN Tinbarap 5

KHAMIS, 15 JULAI 2021

BAKONG: Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak telah melakukan lawatan ke tapak cadangan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Tinbarap 5, Ladang Kelapa Sawit, Sarawak Oil Palms Berhad (SOP) di Bakong pada Rabu.

Lawatan tersebut diketuai Penasihat CITF Sarawak Datuk Stephen Mundaw bertujuan memeriksa dan melihat kemudahan yang disediakan selain mengenal pasti keperluan lain yang diperlukan sebelum dibenarkan beroperasi.

PPVIN Tinbarap 5 dijangka beroperasi pada 29 Julai 2021 dengan seramai 1,855 orang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 yang terdiri daripada pekerja tempatan dan asing ladang kelapa sawit Sarawak Oil Palms (SOP) Berhad dan syarikat-syarikat lain di sekitar Bakong.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Daerah Beluru selaku Pengerusi CITF Daerah Beluru Alfred Geling dan Pengurus Ladang SOP, Tinbarap 5 Mohd Yatim. -EDISI UKAS

Share
0

add comment