Datuk Francis Harden Hollis Serah 90 Bakul Produk Pertanian Tempatan Kepada Petugas PPV Dewan Suarah Sri Aman

KHAMIS, 15 JULAI 2021

SRI AMAN: Petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terus disantuni oleh perlbagai pihak termasuk pertubuhan perladang bagi Program Peladang Prihatin Rakyat.

Dalam pada itu, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis menyampaikan 90 bakul produk pertanian tempatan kepada petugas barisan hadapan di PPV Dewan Suarah Sri Aman pada Rabu.

Jelasnya, penerima produk pertanian tersebut melibatkan golongan yang memerlukan termasuk petugas barisan hadapan di PPV.

“Ianya adalah untuk mengurangkan kerugian para petani susulan daripada tidak dapat menjual hasil tani mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang Pegawai Pertanian, Freddy Paul Giang turut memaklumkan bahawa program tersebut adalah kesinambungan kepada program di bawah komponen Progam Pembelian dan Pengedaran Hasil Tani oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang berkonsepkan pembelian, mempromosikan hasil produk tempatan, mempergiatkan  pemasaran termasuk sumbangan penghargaan.

“Untuk Bahagian Sri Aman, kita telah mencadangkan enam lokasi pelaksanaan program di mana program hari ini (Rabu) adalah lokasi kedua selepas PPV Dewan Johnical Rayong, Skim Skrang,” ujarnya. –EDISI UKAS

Share
0

add comment